Jumat, 14 Juli 2023

PILIHAN RAYA NEGERI, ANWAR IBRAHIM BERPESAN PENGURUS PH KERJA KERAS UNTUK KEMENANGAN

NusaNTaRa.Com

byFarhaMTukirmaN,    S  a  b  t  u,    0   8     J   u   l   i     2   0   2   3

Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Jelajah Perpaduan Madani dan Pelancaran Jentera
Perpaduan Selangor di Laman Niaga, Bandar Baru Bangi Selangor

Pengurus Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi  pesan  kepada  semua pengurus  parti politik di bawah Kerajaan Perpaduan bekerja keras untuk  memastikan kemenangan gabungan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bulan depan.    Pada kesempatan itu, Anwar berkata  Selangor perlu menjadi pembuka lembaran baru politik negara dengan gerak kerja yang lebih padu dan terencana  daripada setiap ahli serta pendukung parti di dalam PH dan Barisan Nasional (BN), khususnya bagi memikat  hati para pemilih  yang sebahagiannya dari   golongan cerdik pandai.

Beliau juga  berkata kemenangan di Selangor ini tidak hanya kejayaan yang akan di  PH dan BN semata-mata, sebaliknya kemenangan tersebut  menjadi simbol kepada usaha Kerajaan Perpaduan mengangkat martabat Malaysia kembali disegani di rantau ini.   "  Selangor ini negeri yang ramai dengan orang yang cerdik pandai serta matang dalam politik…negeri ini akan menentukan standard baharu politik di dalam negara ini.   Jadi kita mahu setiap gerak kerja yang dibuat perlulah dengan semangat, keikhlasan selain niat yang betul untuk menyelamatkan rakyat, negeri, agama dan negara daripada mereka yang rakus kuasa  ",  Ujar SiDin Anwar Ibrahim dalam pertemuan Jentera Perpaduan MADANI Selangor.

Dalam pertemuan itu turut dihadiri Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan tertinggi PH-BN serta Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP) Datuk Seri Tiong King Sing mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS).   Anwar  Ibrahim  berkata dalam memburu kemenangan di Selangor, setiap pendukung PH-BN perlu mengetepikan perbezaan sebaliknya bekerja sebagai satu pasukan untuk mencapai matlamat yang sama iaitu mengangkat martabat rakyat dan negeri yang lebih mulia.

Sementara untuk pengurus PH, beliau akan pastikan setiap pengurus  dikerahkan  bagi membantu kemenangan calon BN dikerusi  yang  mereka tandingi.   "  Orang PH nak pegang bendera BN jangan rasa susah, begitu juga orang BN bila pegang bendera PH…ingat, kita ada matlamat bersama untuk pertahankan negeri agama, bangsa dan negara  ",   Ujar SiDin Datu Anwar Ibrahim dengan Plabomoranya (hebatnya).

Anwar Ibrahim juga mengajak seluruh ahli partai PH-BN untuk membuktikan Kerajaan Perpaduan kekal kuat melalui kemenangan di Selangor dan juga lima negeri lain iaitu Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang terlibat dalam PRN.  Beliau berkata Kerajaan Perpaduan  komited  mempertahankan agama Islam dan orang Melayu mengikut Perlembagaan Persekutuan, perlu dipertahankan bagi memastikan tiada kaum lain tersisih,   "  Kepada semua ahli parti dalam Kerajaan Perpaduan, jangan sesekali biarkan negara ini dirosakkan oleh pelampau agama, perkauman yang sempit dan ini harus dibuktikan dengan kejayaan kita dalam PRN nanti  ",  Ujar SiDin Anwar Ibrahim Laji.

Ahmad Zahid wakil perdana Menteri  yakin bahawa Selangor akan terus dipimpin  oleh Kerajaan Perpaduan gabungan PH-BN sejurus berakhir hari pengundian pada 12 Agustus  nanti.   Beliau yang juga Presiden UMNO berkata ini kerana Selangor di bawah penguasaan partai  PH yang dipimpin Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari bersikap adil kepada semua kaum yang mencari rezeki di negeri ini,   "  Pada malam ini di Bangi ini, kita melihat bahawa rakyat Selangor mahu Kerajaan Perpaduan untuk terus berada (memimpin) negeri ini  ",  Ujar Ahmad Zahidi dengan Soppengernya (Jumawanya)  dan  menyatakan keyakinan bahwa Pulau Pinang dan Negeri Sembilan juga akan dipimpin Kerajaan Perpaduan.

Beliau juga menyeru rakyat Kelantan, Terengganu serta Kedah memberi peluang kepada Kerajaan Perpaduan untuk mentadbir ketiga-tiga negeri itu bagi mengatasi segala isu berkaitan kebajikan yang dihadapi rakyat di sana,   "  Marilah bersama dengan Selangor bagaimana negeri ini dimajukan. Kalau Kelantan dapat kita ambil pun kita akan majukannya dan begitu juga dengan Terengganu dan Kedah  ",  Cakap Ahmad Zahidi.

Mengenai calon BN bagi PRN di enam negeri tersebut, Ahmad Zahid berkata gabungan itu akan menampilkan wajah-wajah baharu sebagai tanda semangat baharu dalam pilihan raya berkenaan  dan menghormati keputusan kepimpinan MIC dan MCA untuk tetap bersama BN menyokong semua calon Kerajaan Perpaduan walaupun tidak bertanding pada PRN kali ini.   Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di enam negeri berkenaan dijalankan secara serentak dengan 12 Agustus  waktu memilih, manakala tanggal  penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal pada 8 Agustus  2023.

Anwar Ibrahim menemui pengurus PH di Bangi Selangor


Selangor Agustus 2023 hari mengundi pertama rakyat Malaysia.

Anwar I, PH bekerja keras untuk kemenangan pemilihan.

 

 

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

DESA WAE REBO OLEH TIMEOUT TERMASUK SEBAGAI KOTA TERKECIL TERINDAH DI DUNIA.

NusaNTaRa.Com     byBambanGNunukaN,        S   e   l   a   s   a,     0    7       M     e     i        2    0    2    4     Rumah Adat Mb...