Kamis, 23 Desember 2021

WARGA MELAYU TERTUA DI SINGAPURA HAJI KASSIM MENINGGAL DI USIA 101 TAHUN

NusaNTaRa.Com

byMuhammaDBakkaranG,    S  e  n  i  n,    2  0      D  e  s  e  m  b  e  r      2  0  2  1 

Haji Kassim, Melayu Singapura tertua usia 101 tahun

Haji Kassim Sultan  yang dipercayai  sebagai  warga Melayu tertua di  Singapura meninggal dunia di rumah anaknya pada kira-kira pukul 3.40 petang,  minggu (19/12/2021) para keluarganya meyakini beliau meninggal di usia 101 tahun lebih.   Menurut anaknya Encik Haji Azman Kassim, ayahnya hanya mengalami sakit tua karena sudah amat uzur dan ia baru saja pulang dari Hospital Eng Teng Fong,   "  Saya lihat dia tercungap-cungap, tetapi tangannya masih bergerak.  Jadi terus saya baca Yaasin.  Lepas itu saya lihat sudah tidak ada   ",  Ujar SiDin Haji Azman Kassim dengan Plabomoranya (hebatnya).

Para doktor telah menyarankan  ahli keluarga Allahyarham agar membawanya pulang ke rumah sahaja,   "  Maklumlah umur sudah 101. Dua minggu lepas dia minta dihantar ke hospital. Jadi kita sudah hantar ke hospital, doktor memberitahu supaya bawa balik sebab sudah uzur sangat, tidak boleh buat apa-apa. Organ-organnya semua sudah lemah  ",  Ujar SiDin Encik Azman Kassim Laji.   Menurut Encik Azman, keadaan ayahnya  sejak pulang dari hospital  tiada selera  makan, badan semakin lemah dan terbaring di katil sejak dua bulan yang lalu,  meski demikian  daya ingatan Allahyarham masih lagi terang dan tajam sehingga ia masih mengenali orang disekitarnya dan cucunya 44 orang.

Encik Azman Kassim,  60 tahun mengatakan  kalau  arwah masih rajin berzikir dan membaca Al-Quran setiap hari  dan  mengungkapkan ayahnya sebagai seseorang yang dermawan  sehingga ia pernah menderma   S$260,000 kepada enam buah masjid di negara ini hasil jualan rumah privetnya pada tahun 2014.   Baru-baru ini pula, ayahnya telah memberikannya wang dan memintanya agar menempah sebanyak 15 dulang Nasi Ambeng untuk diberikan kepada kesemua anak-anak dan cucu-cucunya sempena ulang tahun isterinya yang bakal menjelang pada 31 Disember nanti.

Beliaupun sempat merayakan hari lahirnya yang ke – 100 yang jatuhnya  pada 20 September  2020 ! Ya, hari lahir yang ke satu abad  !,  dari poto perayaan itupun tertengo  Haji Kassim tidak memakai cermin mata  karena penglihatannya  masih lagi terang dan tajam dan  wajahnya hampir tiada kedut  meski usianya sudah sampai satu abad.   Tahun 2020 menjadi tahun perkawinan ke -  75 tahun isterinya, Hajjah Tuminah Sirah, yang berusia 90 tahun. Jadi bayangkan, ini adalah antara perkahwinan paling lama bertahan di Singapura - 75 tahun!

Semestinya,  Haji Kassim seorang  penyumbang  keluarga terbesar kepada  penduduk  melayu  Singapura  dengan  jumlah anak  13  orang,  dan menjadi  pimpinan keluarga besarnya  dengan 32 cucu  dan 43 cicit,  Ini belum termasuk pasangan hidup anak-anaknya, serta menantu generasi kedua dan ketiga keluarganya itu. Pendeknya, keluarga Haji Kassim cukup BESAR !.    Sempena mensyukuri usianya yang sudah mencecah satu kurun itu, Di photo Haji Kassim yang merayakan  usianya ke – 100 tahun ia tampil segak dan kemas, dengan baju Melayu berwarna krim lengkap dengan songkok 'senget' sedikit ke kanan.  Menurut anak-anaknya memakai songkok senget seperti itu  "memang 'trademark' bapak".

Haji Kassim pengajar mengetik

Ketika disapa dan ditanya tentang usianya yang sudah mencecah 100 tahun, dengan suaranya yang sudah serak-serak basah akibat termakan usia, beliau menjawab  :   "  Rasanya, syukur Alhamdulillah. Allah beri panjang umur  ".   Semasa hidupnya beliau  pernah bertugas sebagai guru mengetik, ketika ia ditanyai pada hari jadinya tahun 2020 tentang apa harapannya di perayaan usia 100 tahun dengan rendah diri dan satu persatu Haji Kassim menjawab  :   "  Harapkan umur panjang lagi. Allah beri kesihatan. Itu terpulanglah kepada Allah. Allah yang menentukan  ".

Encik Abdul Rahim Kassim, 70 tahun,  membuka rahasia bapaknya bahwa,  "  Ada orang bertanya kepadanya, apa yang membuat dia sampai umur yang selanjut ini. Dia mengatakan jangan minum air batu (es). Itu tabiat dia.  Dia tak minum air batu. Sekali sekala bolehlah tapi jangan selalu. Itu kata dia boleh membuat lutut kita lemah. Itu yang dia nasihatkan  ",  Ujar SiDin Encik Abdul Rahim  dan  "  Lagi satu dia suka banyak berjalan  ".   Sementara Anak ketiga beliau, Cik Siti Maimuna   yang berusia 71 tahun mengungkapkan soal  amalan Haji Kassim yang dilakukan secara tetap,   "  Dia kuat solat. Pukul 3.00 pagi, pukul 4.00 pagi sudah bangun sembahyang sampai subuh. Baca Quran. Itu yang dia rajin  ",  Ujar SiGaluH Cik Siti Maimuna.

Haji Kassim merupakan generasi perintis yang banyak  berbakti di Masjid Al-Huda, yang terletak di Kampung Tempe, tempat lahirnya  mulai dari tahun 1968.  "  Dia terus ingin berkhidmat. Setiap Jumaat dia membantu untuk mengeluarkan tabung Jumaat dan lepas itu dia serahkan kepada pihak masjid. Itu yang dia masih nak membantu masjid. Dia pernah menyandang (jawatan) sebagai Bendahari pada tahun 1970-an hingga 1980-an  ",  Ujar SiDin Encik Azman  Pengerusi Masjid Al-Huda.

Selain itu Haji Kassim juga seorang yang begitu dermawan, kerana pernah menderma sehingga S$260,000 kepada enam buah masjid di negara ini hasil jualan rumah privetnya pada tahun 2014.  Beliau menderma S$50,000 setiap satu kepada Masjid Assyakirin, Masjid Yusof Ishak dan Masjid Maarof. S$100,000 pula didermakan kepada masjid Al-Islah dan Masjid Al-Huda.  Terkini, lelaki dermawan itu menghulurkan S$10,000 kepada Masjid Darul Ghufran,  sehingga ia sekeluarga pernah menerima Anugerah Keluarga Teladan Mesjid pada tahun  2016.

Haji Kassim dan keluarga besarnya di Kamp. Tempe Singapura 

Melayu warga Singapura di keramaian kota,

Haji Kassim  mati diusia 101 tercacat Melayu Singapura tertua.





1 komentar:

PARI GERGAJI GIGI KECIL DAPAT SURVIVE DENGAN BAWAAN PARTHENOGENESIS BILA TERTEKAN

NusaNTaRa.Com byIrkaBPiranhA,         S     e    n    i     n,        0    6      M    e    i      2    0    2    4   Pari Gergaji Gigi Ke...