NusaNTaRa.Com
byMuhammaDBakkaranG, S e n i n, 2 0 D e s e m b e r 2 0 2 1
Haji Kassim, Melayu Singapura tertua usia 101 tahun |
Haji Kassim Sultan yang dipercayai sebagai
warga Melayu tertua di Singapura
meninggal dunia di rumah anaknya pada kira-kira pukul 3.40 petang, minggu (19/12/2021) para keluarganya meyakini
beliau meninggal di usia 101 tahun lebih.
Menurut anaknya Encik Haji Azman Kassim, ayahnya hanya mengalami sakit
tua karena sudah amat uzur dan ia baru saja pulang dari Hospital Eng Teng Fong, "
Saya lihat dia tercungap-cungap, tetapi tangannya masih bergerak. Jadi terus saya baca Yaasin. Lepas itu saya lihat sudah tidak ada ",
Ujar SiDin Haji Azman Kassim dengan Plabomoranya (hebatnya).
Para doktor telah menyarankan ahli keluarga Allahyarham agar membawanya pulang ke rumah sahaja, " Maklumlah umur sudah 101. Dua minggu lepas dia minta dihantar ke hospital. Jadi kita sudah hantar ke hospital, doktor memberitahu supaya bawa balik sebab sudah uzur sangat, tidak boleh buat apa-apa. Organ-organnya semua sudah lemah ", Ujar SiDin Encik Azman Kassim Laji. Menurut Encik Azman, keadaan ayahnya sejak pulang dari hospital tiada selera makan, badan semakin lemah dan terbaring di katil sejak dua bulan yang lalu, meski demikian daya ingatan Allahyarham masih lagi terang dan tajam sehingga ia masih mengenali orang disekitarnya dan cucunya 44 orang.
Encik Azman Kassim, 60 tahun mengatakan kalau arwah
masih rajin berzikir dan membaca Al-Quran setiap hari dan
mengungkapkan ayahnya sebagai seseorang yang dermawan sehingga ia pernah menderma S$260,000 kepada enam buah masjid di negara
ini hasil jualan rumah privetnya pada tahun 2014. Baru-baru ini pula, ayahnya telah
memberikannya wang dan memintanya agar menempah sebanyak 15 dulang Nasi Ambeng
untuk diberikan kepada kesemua anak-anak dan cucu-cucunya sempena ulang tahun
isterinya yang bakal menjelang pada 31 Disember nanti.
Beliaupun sempat merayakan hari lahirnya yang ke – 100 yang
jatuhnya pada 20 September 2020 ! Ya, hari lahir yang ke satu abad !,
dari poto perayaan itupun tertengo
Haji Kassim tidak memakai cermin mata
karena penglihatannya masih lagi
terang dan tajam dan wajahnya hampir
tiada kedut meski usianya sudah sampai
satu abad. Tahun 2020 menjadi tahun
perkawinan ke - 75 tahun isterinya,
Hajjah Tuminah Sirah, yang berusia 90 tahun. Jadi bayangkan, ini adalah antara
perkahwinan paling lama bertahan di Singapura - 75 tahun!
Semestinya, Haji
Kassim seorang penyumbang keluarga terbesar kepada penduduk
melayu Singapura dengan
jumlah anak 13 orang,
dan menjadi pimpinan keluarga
besarnya dengan 32 cucu dan 43 cicit,
Ini belum termasuk pasangan hidup anak-anaknya, serta menantu generasi
kedua dan ketiga keluarganya itu. Pendeknya, keluarga Haji Kassim cukup BESAR
!. Sempena mensyukuri usianya yang
sudah mencecah satu kurun itu, Di photo Haji Kassim yang merayakan usianya ke – 100 tahun ia tampil segak dan
kemas, dengan baju Melayu berwarna krim lengkap dengan songkok 'senget' sedikit
ke kanan. Menurut anak-anaknya memakai
songkok senget seperti itu "memang
'trademark' bapak".
Haji Kassim pengajar mengetik |
Ketika disapa dan ditanya tentang usianya yang sudah
mencecah 100 tahun, dengan suaranya yang sudah serak-serak basah akibat
termakan usia, beliau menjawab : "
Rasanya, syukur Alhamdulillah. Allah beri panjang umur ".
Semasa hidupnya beliau pernah
bertugas sebagai guru mengetik, ketika ia ditanyai pada hari jadinya tahun 2020
tentang apa harapannya di perayaan usia 100 tahun dengan rendah diri dan satu
persatu Haji Kassim menjawab : "
Harapkan umur panjang lagi. Allah beri kesihatan. Itu terpulanglah
kepada Allah. Allah yang menentukan ".
Encik Abdul Rahim Kassim, 70 tahun, membuka rahasia bapaknya bahwa, "
Ada orang bertanya kepadanya, apa yang membuat dia sampai umur yang
selanjut ini. Dia mengatakan jangan minum air batu (es). Itu tabiat dia. Dia tak minum air batu. Sekali sekala
bolehlah tapi jangan selalu. Itu kata dia boleh membuat lutut kita lemah. Itu
yang dia nasihatkan ", Ujar SiDin Encik Abdul Rahim dan
" Lagi satu dia suka banyak
berjalan ". Sementara Anak ketiga beliau, Cik Siti
Maimuna yang berusia 71 tahun
mengungkapkan soal amalan Haji Kassim
yang dilakukan secara tetap,
" Dia kuat solat. Pukul 3.00
pagi, pukul 4.00 pagi sudah bangun sembahyang sampai subuh. Baca Quran. Itu yang
dia rajin ", Ujar SiGaluH Cik Siti Maimuna.
Haji Kassim merupakan generasi perintis yang banyak berbakti di Masjid Al-Huda, yang terletak di
Kampung Tempe, tempat lahirnya mulai
dari tahun 1968. " Dia terus ingin berkhidmat. Setiap Jumaat dia
membantu untuk mengeluarkan tabung Jumaat dan lepas itu dia serahkan kepada
pihak masjid. Itu yang dia masih nak membantu masjid. Dia pernah menyandang
(jawatan) sebagai Bendahari pada tahun 1970-an hingga 1980-an ",
Ujar SiDin Encik Azman Pengerusi
Masjid Al-Huda.
Selain itu Haji Kassim juga seorang yang begitu dermawan, kerana pernah menderma sehingga S$260,000 kepada enam buah masjid di negara ini hasil jualan rumah privetnya pada tahun 2014. Beliau menderma S$50,000 setiap satu kepada Masjid Assyakirin, Masjid Yusof Ishak dan Masjid Maarof. S$100,000 pula didermakan kepada masjid Al-Islah dan Masjid Al-Huda. Terkini, lelaki dermawan itu menghulurkan S$10,000 kepada Masjid Darul Ghufran, sehingga ia sekeluarga pernah menerima Anugerah Keluarga Teladan Mesjid pada tahun 2016.
Haji Kassim dan keluarga besarnya di Kamp. Tempe Singapura |
Melayu warga Singapura di keramaian kota,
Haji Kassim mati
diusia 101 tercacat Melayu Singapura tertua.
Alfatihaa ................
BalasHapus