NusaNTaRa.Com
byMuhammaDBakrI, S
a b t
u, 3 0
D e s
e m b
e r 2
0 2 3
Illustrasi Gambar Nabi Adam dan Siti Hawa di Surga |
Dikisahkan akibat memakan buah larangan (setengah riwayat menyebut sebagai buah Khuldi) di dalam Syurga akibat hasutan Iblis, terjadilah perubahan diri mereka berdua. Pada diri Nabi Adam terjadi halkum di batang lehernya sementara pada diri Siti Hawa tumbuh dua bukit mekar pada bahagian dadanya (payudara). Bersamaan, pakaian Syurga yang mereka pakai terlucut dari tubuh mereka, secara spontan mereka menutup bahagian sulit (aurat) dengan daun Tiin kerana malunya kepada Allah Taala. Kemudian, Allah memerintahkan Malaikat Ridhuan dan Malaikat Mikail menurunkan mereka ke dunia, Nabi Adam di turunkan di sebuah pulau yang disebut Al-Hind dan Siti Hawa di Jeddah.
Hampir 100 tahun Nabi Adam dan Siti Hawa berpisah, mereka menjalani kehidupan seorang diri dengan penuh
rintangan dan menangis (setengah riwayat mengatakan Nabi Adam
menangis selama 200 tahun dan ada mengatakan 300 tahun) kerana menyesali perbuatan yang telah mereka
lakukan ketika berada di Syurga. Nabi
Adam dan Siti Hawa diberitahukan Malaikat Jibrail agar bertemu di Gunung
Arafah, kudrat dan tenaga yang mereka miliki akhirnya mereka bertemu di Gunung Arafah dan mereka
Sujud Syukur kepada Allah karena telah dipertemukan bale. Kemudian, Nabi Adam berkata : "
Wahai isteriku, Hawa. Aku merasa telah menemukan kembali sebahagian dari diriku
yang hilang. Aku tidak lagi sendiri ". Siti
Hawa pun berkata : " Wahai suamiku,
sesungguhnya kehadiran engkau telah membuat segalanya terasa lengkap ".
Ketika dalam dekapan saat bertemu dengan isterinya,
datanglah seekor kucing kecil berbulu kelabu bermata warna hijau zamrud
menghampiri Nabi Adam, lalu Nabi Adam
merangkulnya dan mengangkatnya hingga sejajar dengan wajahnya
lalu beliau bertanya : "
Siapakah engkau wahai makhluk kecil ? ". Kucing itu pun berkata : " Sesungguhnya, aku adalah makhluk Allah
dan namaku Qittun. Nabi Adam dan Siti
Hawa merasa gembira kerana mempunyai teman bermain dan mereka sentiasa membawa
Qittun ke mana mereka pergi.
Walaupun mereka mempunyai teman permainan, mereka sentiasa memohon ampun kepada Allah
Taala dan menyesali segala perbuatan yang mereka lakukan. Allah Taala berfirman melalui perantaraan
Malaikat Jibrail, firman-Nya : " Wahai
Adam dan Hawa. Sesungguhnya, kamu berdua telah melanggar perintah-Ku sehingga
kamu berdua keluar dari Syurga di mana Aku menempatkan kamu berdua. Kamu berdua
melanggar perintah-Ku disebabkan keinginan untuk ingin tahu akibat nafsu. Oleh
sebab itu, Aku mengeluarkan kamu berdua dari alam yang cerah (Syurga) ke alam
yang penuh dengan kesulitan dan kasar (bumi)
".
" Jika kamu
berdua tidak melanggar perintah-Ku dan mematuhi peraturan-Ku, pasti kamu berdua kekal tinggal di Syurga. Sesunggunya pohon Khuldi itu adalah pohon yang
dibuat oleh Iblis agar nampak menarik di mata kamu berdua sehingga kamu berdua
ingin memakannya kerana mempercayai kata-katanya. Disebabkan kamu berdua melanggar perintah-Ku, maka kamu berdua Aku turunkan ke bumi ", Ujar
Bunyi Firman ALLAH. Setelah mendengar firman Allah Taala itu, maka mereka
berdua pun menangis lalu memohon pengampunan dari Allah Taala.
Illustrasi Adam dan Siti hawa setelah melakoni siri pertama hubungan suami Istri |
Kemudian, Nabi
Adam berdoa kepada Allah Taala : " Wahai
Tuhanku, sesungguhnya, Engkaulah yang menciptakan kami dan
menempatkan kami di dalam Syurga sebelum kami melanggar perintah-Mu. Ketika di
dalam Syurga, Engkau telah membuatkan semua binatang-binatang liar datang
kepadaku dan membuat mereka semua menurut kepadaku. Tetapi sekarang setelah aku telah melanggari perintah-Mu dan semua
binatang-binatang liar akan bangkit melawan aku dan menjadikan aku dan Hawa
sebagai mangsa. Oleh kerana itu, aku memohon agar semua binatang liar tidak
menyakiti kami ".
Allah pun berfirman melalui perantaraan Malaikat
Jibrail, firman-Nya : " Wahai Adam dan Hawa, Aku akan menunaikan
segala permintaan kamu berdua ". Allah
Taala pun memerintahkan semua bintang liar, burung-burung dan segala sesuatu
yang bergerak di atas muka bumi mendatangi Nabi Adam dan Siti Hawa untuk
mengenali mereka serta tidak menganggu mereka. Setelah menerima perintah, semua binatang liar
melakukan penghormatan kepada Nabi Adam kecuali binatang berbisa terutamanya
ular.
Pada suatu hari, Nabi Adam merasakan sesuatu yang baru
dan asing mulai muncul dalam dirinya. Sebuah keinginan, sebuah nafsu yang
menggebu yang belum pernah beliau rasakan sebelumnya. Nabi Adam merasa binggung dengan apa yang
terjadi pada dirinya, dalam kebingungan,
beliau cuba mencari jawapan dalam doanya : " Wahai
Tuhanku, apakah yang sedang kurasakan ini ?,
ia kuat dan mengganggu dan aku tidak tahu bagaimana cara untuk
menghadapinya ".
Setelah itu, Nabi Adam meluahkan segala apa yang
terjadi pada dirinya kepada isterinya, Siti Hawa : " Wahai
isteriku. Sesungguhnya, ada sesuatu yang terjadi dalam diriku, sesuatu
keinginan yang kuat. Aku merasa binggung
dan tidak tahu bagaimana harus menghadapinya. Barangkali engkau dapat membantuku ".
Siti Hawa menatap suaminya, Nabi
Adam dengan mata yang penuh kasih dan sayang lalu berkata : "
Wahai suamiku, aku tidak yakin apa yang aku rasakan. Namun kita di sini bersama untuk saling membantu
dan mengerti antara satu sama lain ".
Atas perintah Allah Taala, datanglah Malaikat Jibrail
dalam sinar cahaya yang kelembutan. Melihat kehadiran Malaikat Jibrail, Nabi
Adam dan Siti Hawa merasa kagum dan hormat saat menerima tetamu Ilahi itu. Malaikat
Jibrail berkata : " Wahai Adam dan
Hawa, sesungguhnya Allah Taala telah mengutusku untuk menjelaskan apa yang kamu
berdua rasakan. Keinginan yang kamu berdua rasakan itu adalah Syahwat. Ini
adalah kurnia Allah Taala kepada kamu berdua agar kamu berdua terdorong untuk
memiliki keturunan dan memenuhi bumi dengan keturunan kamu berdua ".
Setelah mendengar segala apa yang disampaikan oleh
Malaikat Jibrail, hati Nabi Adam dan Siti Hawa dipenuhi dengan rasa syukur.
Kemudian muncul satu Malaikat Allah Taala yang bernama Malaikat Qodiril.
Malaikat ini muncul dengan aura yang penuh dengan kebijaksanaan dan kehangatan.
Malaikat Jibrail pun memperkenalkan Nabi Adam kepada Malaikat tersebut lalu
mereka bertiga meninggalkan Siti Hawa untuk pergi ke suatu tempat.
Malaikat Qodiril pun berkata kepada Nabi Adam : "
Wahai Adam, aku diutus oleh Allah Taala
untuk mengajar engkau tentang cara berhubungan badan dengan isterimu, Hawa, bagaimana
kamu berdua dapat bersatu dan menghasilkan keturunan ". Dengan penuh rasa hormat dan keinginan untuk
tahu, Nabi Adam mendengarkannya. Namun
dalam pengajaran itu, Nabi Adam merasa ada beban dalam hatinya. Dia merasa
khuatir ketika proses bersatu akan menyakiti isterinya yang beliau cintai. Nabi Adam berkata : " Wahai Jibrail dan Qodiril. Sesungguhnya
aku merasa takut. Aku tidak ingin
menyakiti Hawa dengan cara tersebut. Bagaimana
jika proses ini membawa sakit untuknya ?
".
Malaikat Jibrail berkata sambil menatap Nabi Adam
dengan mata yang penuh kasih dan pengertian : " Wahai Adam, sesungguhnya cinta dan
kasih sayangmu terhadap Hawa adalah tanda kebaikan hatimu. Tetapi ketahuilah
bahawa Allah Taala menciptakan segalanya dengan hikmah ". Kemudian, Malaikat Qodiril pun berkata : " Wahai Adam, berbicaralah dengan Hawa. Sampaikan perasaanmu dan jadilah pendengar
yang baik untuk perasaan dan fikirannya juga
". Dengan hati yang masih
berat, namun dipenuhi rasa syukur, Nabi
Adam merasa sedikit lega. Keesokan
harinya, Nabi Adam dan Siti Hawa berjalan bersama ditepi taman dengab suasana penuh kedamaian, Nabi Adam mengambil
nafas dalam-dalam untuk berbagi ilmu apa yang telah diajarkan Malaikat Qodiril.
Setelah mereka berdua memahami antara satu sama lain, mereka pun berpuasa dan
berdoa selama 40 hari 40 malam.
Setelah malam 40 hari berakhir, Nabi Adam dan Siti Hawa pun mengadakan hubungan badan buat pertama kalinya. Ketika saat berhubungan badan, Siti Hawa merasa sakit tetapi pada masa yang sama dia merasakan sesuatu nikmat yang tidak boleh digambarkan. Kemudian, Siti Hawa meminta Nabi Adam mengulanginya semula sehingga kedua-duanya mencapai matlamat yang dikehendaki. Sejak itu, mereka berdua sering melakukannya dan melahirkan ramai anak dan menjadi fitrah bagi setiap manusia yang mendirikan rumahtangga. (dr.FB. Mohamad Azmi Mat Rashid.20/11/2023).
Gambar Padang Arafah tempat Nabi Adam dan Siti Hawa siri pertama bertemu sejak d Bumi |
Memakan
Khuldi Adam dan Hawa di surga jatuh ke
bumi.
Malaikat
Qodril wahyukan Adam dan Hawa hubungan suami-Istri.