Sabtu, 30 Desember 2023

KISAH AWAL TERJADINYA HUBUNGAN BADAN ANTARA NABI ADAM DAM SITI HAWA

NusaNTaRa.Com

byMuhammaDBakrI,      S  a  b  t  u,    3   0     D  e  s  e  m  b  e  r     2   0   2   3

 

Illustrasi Gambar Nabi Adam dan Siti Hawa di Surga

Dikisahkan akibat memakan buah larangan (setengah riwayat menyebut sebagai buah Khuldi) di dalam Syurga akibat hasutan Iblis,  terjadilah perubahan  diri mereka berdua.  Pada diri Nabi Adam terjadi  halkum di batang lehernya sementara pada diri Siti Hawa tumbuh dua bukit mekar pada bahagian dadanya (payudara).      Bersamaan, pakaian Syurga yang mereka pakai terlucut dari tubuh mereka,   secara spontan mereka menutup bahagian sulit (aurat)  dengan daun Tiin kerana malunya kepada Allah Taala.   Kemudian, Allah memerintahkan Malaikat Ridhuan dan Malaikat Mikail menurunkan mereka ke dunia,  Nabi Adam di turunkan di sebuah pulau yang disebut  Al-Hind dan Siti Hawa di Jeddah.

Hampir 100 tahun Nabi Adam dan Siti Hawa berpisah,   mereka  menjalani kehidupan seorang diri dengan penuh rintangan dan  menangis  (setengah riwayat mengatakan Nabi Adam menangis selama 200 tahun dan ada mengatakan 300 tahun)  kerana menyesali perbuatan yang telah mereka lakukan ketika berada di Syurga.    Nabi Adam dan Siti Hawa diberitahukan  Malaikat Jibrail agar bertemu di Gunung Arafah,    kudrat dan tenaga yang mereka miliki akhirnya  mereka bertemu di Gunung Arafah dan mereka Sujud Syukur kepada Allah karena telah dipertemukan bale.   Kemudian, Nabi Adam berkata :   " Wahai isteriku, Hawa. Aku merasa telah menemukan kembali sebahagian dari diriku yang hilang.  Aku tidak lagi sendiri ".   Siti Hawa pun berkata :   " Wahai suamiku, sesungguhnya kehadiran engkau telah membuat segalanya terasa lengkap ".

Ketika dalam dekapan saat bertemu dengan isterinya, datanglah seekor kucing kecil berbulu kelabu bermata warna hijau zamrud menghampiri Nabi Adam,  lalu Nabi Adam merangkulnya  dan   mengangkatnya hingga sejajar dengan wajahnya lalu beliau bertanya  :   "  Siapakah engkau wahai makhluk kecil ?  ".   Kucing itu pun berkata :   " Sesungguhnya, aku adalah makhluk Allah dan namaku Qittun.  Nabi Adam dan Siti Hawa merasa gembira kerana mempunyai teman bermain dan mereka sentiasa membawa Qittun ke mana mereka pergi.

Walaupun mereka mempunyai  teman permainan,  mereka sentiasa memohon ampun kepada Allah Taala dan menyesali segala perbuatan yang mereka lakukan.   Allah Taala berfirman melalui perantaraan Malaikat Jibrail, firman-Nya :   "  Wahai Adam dan Hawa. Sesungguhnya, kamu berdua telah melanggar perintah-Ku sehingga kamu berdua keluar dari Syurga di mana Aku menempatkan kamu berdua. Kamu berdua melanggar perintah-Ku disebabkan keinginan untuk ingin tahu akibat nafsu. Oleh sebab itu, Aku mengeluarkan kamu berdua dari alam yang cerah (Syurga) ke alam yang penuh dengan kesulitan dan kasar (bumi)  ".

"  Jika kamu berdua tidak melanggar perintah-Ku dan mematuhi peraturan-Ku,  pasti kamu berdua kekal tinggal di Syurga.  Sesunggunya pohon Khuldi itu adalah pohon yang dibuat oleh Iblis agar nampak menarik di mata kamu berdua sehingga kamu berdua ingin memakannya kerana mempercayai  kata-katanya.   Disebabkan kamu berdua melanggar perintah-Ku,  maka kamu berdua Aku turunkan ke bumi ",   Ujar Bunyi Firman ALLAH.   Setelah  mendengar firman Allah Taala itu, maka mereka berdua pun menangis lalu memohon pengampunan dari Allah Taala.

Illustrasi Adam dan Siti hawa setelah melakoni siri pertama
hubungan suami Istri

Kemudian,  Nabi Adam berdoa kepada Allah Taala :   "  Wahai Tuhanku,  sesungguhnya,  Engkaulah yang menciptakan kami dan menempatkan kami di dalam Syurga sebelum kami melanggar perintah-Mu. Ketika di dalam Syurga, Engkau telah membuatkan semua binatang-binatang liar datang kepadaku dan membuat mereka semua menurut kepadaku.   Tetapi sekarang setelah  aku telah melanggari perintah-Mu dan semua binatang-binatang liar akan bangkit melawan aku dan menjadikan aku dan Hawa sebagai mangsa. Oleh kerana itu, aku memohon agar semua binatang liar tidak menyakiti kami  ".

Allah pun berfirman melalui perantaraan Malaikat Jibrail, firman-Nya :   "  Wahai Adam dan Hawa, Aku akan menunaikan segala permintaan kamu berdua ".   Allah Taala pun memerintahkan semua bintang liar, burung-burung dan segala sesuatu yang bergerak di atas muka bumi mendatangi Nabi Adam dan Siti Hawa untuk mengenali mereka serta tidak menganggu mereka.  Setelah menerima perintah, semua binatang liar melakukan penghormatan kepada Nabi Adam kecuali binatang berbisa terutamanya ular.

Pada suatu hari, Nabi Adam merasakan sesuatu yang baru dan asing mulai muncul dalam dirinya. Sebuah keinginan, sebuah nafsu yang menggebu yang belum pernah beliau rasakan sebelumnya.   Nabi Adam merasa binggung dengan apa yang terjadi pada dirinya,  dalam kebingungan, beliau cuba mencari jawapan dalam doanya :  "  Wahai Tuhanku, apakah yang sedang kurasakan ini ?,  ia kuat dan mengganggu dan aku tidak tahu bagaimana cara untuk menghadapinya  ".

Setelah itu, Nabi Adam meluahkan segala apa yang terjadi pada dirinya kepada isterinya, Siti Hawa  :   "  Wahai isteriku. Sesungguhnya, ada sesuatu yang terjadi dalam diriku, sesuatu keinginan yang kuat.  Aku merasa binggung dan tidak tahu bagaimana harus menghadapinya.  Barangkali engkau dapat membantuku  ".    Siti Hawa menatap suaminya, Nabi Adam dengan mata yang penuh kasih dan sayang lalu berkata :   " Wahai suamiku, aku tidak yakin apa yang aku rasakan.  Namun kita di sini bersama untuk saling membantu dan mengerti  antara satu sama lain ".

Atas perintah Allah Taala, datanglah Malaikat Jibrail dalam sinar cahaya yang kelembutan. Melihat kehadiran Malaikat Jibrail, Nabi Adam dan Siti Hawa merasa kagum dan hormat saat menerima tetamu Ilahi itu. Malaikat Jibrail berkata :  " Wahai Adam dan Hawa, sesungguhnya Allah Taala telah mengutusku untuk menjelaskan apa yang kamu berdua rasakan. Keinginan yang kamu berdua rasakan itu adalah Syahwat. Ini adalah kurnia Allah Taala kepada kamu berdua agar kamu berdua terdorong untuk memiliki keturunan dan memenuhi bumi dengan keturunan kamu berdua  ".

Setelah mendengar segala apa yang disampaikan oleh Malaikat Jibrail, hati Nabi Adam dan Siti Hawa dipenuhi dengan rasa syukur. Kemudian muncul satu Malaikat Allah Taala yang bernama Malaikat Qodiril. Malaikat ini muncul dengan aura yang penuh dengan kebijaksanaan dan kehangatan. Malaikat Jibrail pun memperkenalkan Nabi Adam kepada Malaikat tersebut lalu mereka bertiga meninggalkan Siti Hawa untuk pergi ke suatu tempat.

Malaikat Qodiril pun berkata kepada Nabi Adam :   "  Wahai Adam, aku diutus oleh Allah Taala untuk mengajar engkau tentang cara berhubungan badan dengan isterimu,  Hawa,  bagaimana kamu berdua dapat bersatu dan menghasilkan keturunan ".   Dengan penuh rasa hormat dan keinginan untuk tahu, Nabi Adam mendengarkannya.   Namun dalam pengajaran itu, Nabi Adam merasa ada beban dalam hatinya. Dia merasa khuatir ketika proses bersatu akan menyakiti isterinya yang beliau cintai.  Nabi Adam berkata  :   " Wahai Jibrail dan Qodiril. Sesungguhnya aku merasa takut.  Aku tidak ingin menyakiti Hawa dengan cara tersebut.  Bagaimana jika proses ini membawa sakit untuknya ?  ".

Malaikat Jibrail berkata sambil menatap Nabi Adam dengan mata yang penuh kasih dan pengertian :  " Wahai Adam, sesungguhnya cinta dan kasih sayangmu terhadap Hawa adalah tanda kebaikan hatimu. Tetapi ketahuilah bahawa Allah Taala menciptakan segalanya dengan hikmah ".   Kemudian, Malaikat Qodiril pun berkata :   "  Wahai Adam, berbicaralah dengan Hawa.  Sampaikan perasaanmu dan jadilah pendengar yang baik untuk perasaan dan fikirannya juga  ".     Dengan hati yang masih berat,  namun dipenuhi rasa syukur, Nabi Adam merasa sedikit lega.  Keesokan harinya, Nabi Adam dan Siti Hawa berjalan bersama ditepi taman dengab  suasana penuh kedamaian, Nabi Adam mengambil nafas dalam-dalam untuk berbagi ilmu apa yang telah diajarkan Malaikat Qodiril. Setelah mereka berdua memahami antara satu sama lain, mereka pun berpuasa dan berdoa selama 40 hari 40 malam.

Setelah malam 40 hari berakhir, Nabi Adam dan Siti Hawa pun mengadakan hubungan badan buat pertama kalinya.  Ketika saat berhubungan badan,  Siti Hawa merasa sakit tetapi pada masa yang sama dia merasakan sesuatu nikmat yang tidak boleh digambarkan.   Kemudian, Siti Hawa  meminta Nabi Adam mengulanginya semula sehingga kedua-duanya mencapai matlamat yang dikehendaki.    Sejak itu, mereka berdua sering melakukannya dan melahirkan ramai anak dan menjadi fitrah bagi setiap manusia yang mendirikan rumahtangga.  (dr.FB. Mohamad Azmi Mat Rashid.20/11/2023).

Gambar Padang Arafah tempat Nabi Adam dan Siti Hawa
 siri pertama bertemu sejak d Bumi


Memakan Khuldi  Adam dan Hawa di surga jatuh ke bumi.

Malaikat Qodril wahyukan Adam dan Hawa hubungan suami-Istri.

 

 

 


Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LIMA PEMBUANGAN SAMPAH TERBESAR DI DUNIA, ADA BANTAR GEBANG !!

NusaNTaRa.Com       byBatiSKambinG,        R   a   b   u,    2   0      N   o   p   e   m   b   e   r      2   0   2  4     Tempat Pengelola...