Selasa, 24 April 2018

SIDANG KEMUNCAKK KHAS ASEAN - AUSTRALIA 2018

NusanTaRa.Com
byNaziBRazaK, 18/3/2018


Alhamdulillah, saya baru sahaja selesai menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-Australia di Sydney, Australia di mana Australia buat julung kalinya menjadi tuan rumah kepada para pemimpin ASEAN di negara mereka. Ini menandakan era baru di mana ASEAN memainkan peranan yang semakin penting di arena antarabangsa.

Di Sidang Kemuncak Khas ini, pemimpin-pemimpin ASEAN bersama Australia bersetuju bahawa ‘centrality of ASEAN’ merupakan prinsip yang didokong sepenuhnya oleh Australia. Rakan-rakan sejawat saya dari ASEAN dan Australia juga telah memperakui Deklarasi Sydney dan menandatangai Memorandum Persefahaman antara ASEAN dan Australia dalam Kerjasama Memerangi Keganasan Antarabangsa.

Ada pihak yang cuba mensensasikan berita palsu bahawa Malaysia akan diberikan layanan yang kurang baik oleh pihak Australia tetapi hakikatnya, Malaysia telah diberikan penghormatan yang tinggi oleh Kerajaan Australia sepanjang lawatan kerja ini. Di Sidang Kemuncak Khas ini, Malaysia telah diberi penghormatan istimewa sebagai wakil tunggal ASEAN untuk memberikan ucapan penutup pada Sidang Pencegahan Keganasan ASEAN-Australia.

Ancaman keganasan dan ‘violent extremism’ pada zaman kini merentasi sempadan dan laman media sosial merupakan ‘medan tempur’ yang baru. Kita memerlukan kerjasama erat antara kesemua negara terutamanya dalam hal penguatkuasaan undang-undang dan perkongsian perisikan dalam memastikan pencegahan keganasan dan ekstremisme yang berkesan.
 
Nazib Razak & Malcolm Turnbull
Isu seperti situasi kemanusiaan di Wilayah Rakhine tidak boleh lagi dianggap sebagai isu domestik kerana kawasan seperti ini mempunyai potensi sebagai kawasan yang subur untuk menanam ideologi keganasan dan ekstremisme. Kita harus perhebatkan program pencegahan dan pendidikan tentang ajaran Islam yang sebenar agar pengajaran ekstremis Daesh dan IS ditolak sepenuhnya.

Saya juga telah mengadakan pertemuan dua hala bersama rakan sejawat saya, Perdana Menteri Malcolm Turnbull untuk membincangkan hubungan Australia-Malaysia dan juga isu global dan serantau.   Hubungan Malaysia-Australia telah terjalin sejak sekian lama dan dapat dilihat melalui kerjasama antara kedua-dua negara ini dalam sektor ekonomi, pertahanan, keselamatan, pelancongan, pendidikan dan sebagainya. 


Perdagangan dua hala antara Malaysia dan Australia semakin berkembang dengan peningkatan pelaburan sebanyak 23.7% pada tahun 2017 berbanding pada tahun 2016. Malaysia merupakan rakan dagangan ke-9 terbesar untuk Australia manakala Australia pula merupakan rakan dagangan ke-12 terbesar untuk Malaysia.

Saban tahun, lebih 300,000 rakyat Malaysia melawat Australia dan kini terdapat lebih 26,000 pelajar Malaysia yang sedang menuntut di negara tersebut. Ini menunjukkan hubungan erat antara kedua-dua negara yang merentasi pelbagai bidang. Ekonomi digital dan DFTZ adalah antara bidang baru di mana Malaysia dan Australia boleh meningkatkan lagi kerjasama. Hubungan dan kerjasama erat antara Malaysia dan Australia hari ini tidak akan dicapai atau menjadi kenyataan sekiranya Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri Malaysia.   Malaysia dan rakan-rakan sejawat saya dalam ASEAN mengalu-alukan kesungguhan Australia untuk mengintegrasikan ASEAN dan Australia dan terus akan bekerjasama rapat untuk memastikan keselamatan dan kemakmuran serantau.

drNR.NazibRazak.Com

Satu meja ujutkan satu suara,
Pertemuan  Asean-Australia perangi keganasan antarbangsa

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

LIMA PEMBUANGAN SAMPAH TERBESAR DI DUNIA, ADA BANTAR GEBANG !!

NusaNTaRa.Com       byBatiSKambinG,        R   a   b   u,    2   0      N   o   p   e   m   b   e   r      2   0   2  4     Tempat Pengelola...