NusanTaRa.Com
byNajiBRazaK, 6/8/2018
byNajiBRazaK, 6/8/2018
Sebelum Pilihan Raya umum ke-14 ( PRU14 ) yang menempatkan Dato Mahadir Mohammad dari Pakatan Harapan sebagai Perdana Menteri pertama di Malaysia Non BN mengalahkan golongan BN, ada dua isu utama yang sering dimainkan oleh Tun Mahathir dan pemimpin Pakatan Harapan ( PH )
untuk menuduh saya menjual negara ialah projek "Forest City" dan
"Melaka Gateway" yang dilabur oleh pelabur-pelabur swasta dari negara
China.
Saya
masih ingat bagaimana Tun Mahathir pernah melawat Forest City sambil menuding
jarinya ke papan tanda iklan hartanah hak milik kekal. Anaknya Mukrhiz pula
menuduh saya sebagai satu-satunya PM yang jual tanah hak milik kekal kepada
warga asing.
Tetapi
pada 2 Ogos 2018, Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar menjawab
di Dewan Rakyat bahawa kerajaan PH tiada halangan dan akan terus membenarkan
penjualan tanah milik kekal (free hold) di kawasan Forest City, Johor kepada
warga asing.
Begitu
juga dengan projek Melaka Gateway di mana Tun Mahathir sering menyerang saya
dengan melabel projek ini sebagai bukti saya menjual kedaulatan negara kepada
pihak asing. Dia juga mendakwa kita tidak perlukan projek ini kerana Malaysia
sudah miliki banyak pelabuhan dan infrastruktur.
Kini,
saya pelik apabila Ketua Menteri Melaka Adly Zahari dipetik baru-baru ini
sebagai berkata bahawa projek-projek pelabuhan Melaka Gateway dan pelabuhan
Kuala Linggi ( yang juga dilabur oleh pelabur negara China ) amat penting untuk
pembangunan negeri dan bakal membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan
kesultanan Melaka.
Saya
pelik mengapa projek yang dibuat semasa saya menjadi Perdana Menteri dilabel
sebagai jual negara tetapi bila dibuat sekarang, ianya tiba-tiba menjadi projek
penting yang boleh membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan kesultanan
Melaka - walaupun projek - projek di atas tidak mengalami apa-apa perubahan dari
segi skop projek atau pemegang saham, saya kehairanan.
Apa-apa
pun, tomahan dan fitnah sudah dilakukan. Saya reda dan maafkan mereka yang
membuat tuduhan melulu sebelum ini. Saya optimis projek-projek ini bakal
memberi pembangunan ekonomi dan menjana pekerjaaan. Oleh itu, saya doakan
projek-projek tersebut akan dimajukan dengan lancar dan matlamat tercapai.
drFBNazibRazak.
Nazib Rajak Tumbang di PRU14,
Isu yang mengguncangnya tetap dipertahankan.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar